|
H1N1 - Adakah mampu dicegah oleh Minyak Kelapa Dara?
Kelebihan
Minyak Kelapa Dara.
- 1-Menyerupai lemak susu ibu.
- 2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang
mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan
mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat
keterangan terperinci dalam tajuk
Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
- 3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan
cell mati)
4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah
'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna
untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan.
Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal.
Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan
memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes,
cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria
monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan
monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada
kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus
berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan
pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada
organism berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir
ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung
kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell
organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
Jadual jenis-jenis "Lipid Coated
Viruses".
|
Jenis |
Deskripsi |
|
Virus |
Human immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+ |
|
Virus |
Herpes simplex virus-1 (HSV-1) |
|
Virus |
Herpes simplex virus-2 (HSV-2) |
|
Virus |
Herpes viridae (all) |
|
Virus |
Human lymphotropic viruses (type 1) |
|
Virus |
Vesicular stomatitis virus (VSV) |
|
Virus |
Visna virus |
|
Virus |
Cytomegalovirus |
|
Virus |
Epstein-Barr virus |
|
Virus |
Influenza virus |
|
Virus |
Leukemia virus |
|
Virus |
Pneumonovirus |
|
Virus |
Sarcoma virus |
|
Virus |
Syncytial virus |
|
Virus |
Rubeola virus |
- Jadual jenis-jenis Lipid Coated
Bacteria
|
Jenis |
Dekripsi |
|
Bacterium |
Listeria monocytogenes |
|
Bacterium |
Helicobacter pylori (gram negative) |
|
Bacterium |
Hemophilus influenzae (gram negative) |
5-Meningkatkan Metabolisma
tubuh manusia
6- Dikelaskan sebagai
functional food.
Sebagai functional food,
(functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA
SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen
untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50
peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari
lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric
acid.
Lauric acid adalah 'medium
chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk
membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan.
Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal
monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan
lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus,
influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan
heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga
menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid adalah
juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama
bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau
haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral
terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas
herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters,
London June 29,1999).
Dr. Halldor Thormar, ahli
sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak
kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV
dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram
positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk
meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus
herpes simplex.
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk
memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan
pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah
diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen
dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara
berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti
losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping
dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara
membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu
dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan
cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana
terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi
kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara
perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh
tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa
dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk
menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat
meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh
kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.
Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini
disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti
selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka
metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan
jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan
sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses
penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat
pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya
mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu
hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi
dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan
kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara
sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah.
Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya
sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh.
Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran
gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids,
telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin
membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada
multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi
(phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.
Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di
dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat
menakjubkan.
( Dapatkannya SEKARANG - sila klik di sini
)
|